Wednesday 11 July 2012

POLITIK..MIMPI KAH REALITI..16 SEPTEMBER PUN BOHONG, HARI NI NAK MEMBOHONG LAGI.!

Salam,

Sarapan pagi sambil membaca akhbar tempatan, belek punya belek halaman akhbar terbaca lah pulak berita mengenai impian si Baru Bian iaitu orang kuat PKR di Sarawak ni. Katanya, PKR semakin kuat dan diterima ramai terutama rakyat di Sabah da Sarawak.. 

Baru memberitahu, pemimpin BN dari Sabah dan Sarawak dah berkira-kira "melompat" parti. Betul ke?  BACA DISINI Dari mana pulak sumber berita mengatakan pemimpin ini akan melompat parti? sedang berita itu masih samar-samar dan tiada berfakta, si Baru mencanangkan berita ini ke serata tempat...alahai, kesian betul pemimpin seperti si Baru ni..

Hanya bersandarkan kepada fakta dari khabar angin yang bertiup kencang, si Baru seolah-olah telah menjuarai "berita" itu dan bermimpi disiang hari..(nasib tak keluar air liur)

Kita tahulah si Baru Bian ni masih baru bergelar YB dan disebut bakal menjadi calon CM kalau PR menang pada PRN tempoh hari, nasiblah PKR hanya menang tiga kerusi, itu pun si Baru masih dok bermimpi kata PKR kuat..bagus si Baru ni pergi belajar Matematik.

Mungkin si Baru nie tak mengenal angka 3 dan angka 55..BN dapat berapa kerusi pada PRN jika nak dibandingkan dengan si parti PKR tu????? 

Adohai Baru Bian, tu la asyik bermimpi..bawa-bawa lah bersabar dan bertenang sekalipun nak angkat diri jadi calon CM!

Kalau betul si Baru ni ada fakta dan senarai penuh pemimpin BN yang nak melompat parti tu, nyatakanlah siapa pemimpin BN tu..kata Parti PKR kuat, kalau betul-betul kuat mesti berani kedepan dan beritahu siapa pemimpin yang dimaksudkan itu..??? atau Baru masih main tarik tali...dan khayal dengan nyanyian berita dari khabar angin yang bertiup kencang seperti yang didakwanya itu... JAWAPAN BN BACA SINI

P/s : Kita bimbang yang nak melompat perti tu bukan orang BN tetapi orang PKR sendiri..hakhakhahak...Anwar yang dok canang nak tubuhkan Kerajaan 16 September pun masih terpalit dengan pembohongan beliau sampai sekarang tak wujud pun kerajaan 16 september..bagus pergi ke kawasan dan tinjau masalah rakyat dari dok bermimpi disiang hari!.





Ini blog SM

Salam 1 Malaysia,

Pertama kali saya nak ucapkan terima kasih lah kepada rakan-rakan yang selalu minta saya wujudkan blog. Nah hari ini saya dah buka satu laman blog..blog ni nanti bukanlah sekadar untuk suka-suka tetapi lebih kepada kritikan dan komen yang membina..Kalau tak membina? kalau tak membina kita cubalah bina..terpulang kepada individu itu sendiri lah nak menilai sejauh mana komentar kita ni..walaupun bagi kita membina tetapi tidak pula mereka, yang pasti apa yang terbuku di hati jika nak diluahkan, luah kan je lah..simpan lama-lama dalam hati tak bagus pulak, takut nanti "darah tinggi"..hehehee

Oh, sebelum terlupa, BLOG SM (Sekadar Mengkritik) nie berbicara mengenai apa ye? ooo, blog nie ada pecahan tersendiri, ada politik, hiburan, ehwal semasa, agama dan teknologi serta sukan..tapi yang paling popular memanglah pasal politik..

Politik tup pulak menyentuh yang mana? ..begini..tak kiralah samada BN ka, PAS ke,PKR ke atau DAP ke asal nama tu politik memang kasi panas la..oh sebelum terlupa, dengar khabar Pak Nuar  nak bersara dari arena politik kalau PR tewas pada PRU 13 nanti? betul ke?...oooo itu tak dapatlah SM dak kritik lebih-lebih al-maklum lah SM baru berblogger..nanti-nanti lah kita berbicara mengenai Pak Nuar ni ..

Oh artis pulak mcm mana erk? oooo SM lebih suka cerita pasal artis baharu dan lama..bak kata orang tiada lama tiada baharu..Zizan itu artis lama ka baharu? ooooo amboi2...nampak sangat yang bertanya tu tak pernah mengikuti perkembangan tv ..zizan tu artis baharu la..alaaa yang kini popolar dengan filem MAEL LAMBUNG tu..he3..

oklah, sampai disini dulu ye..nanti kalau ada apa-apa boleh la email SM di kritikkomen@gmail.com nanti SM jawab semua soalan anda tu..

oh, sebelum terlupa malam nie SM ada kat Sarawak. tengah join BCF..kalau nak tengok BCF jomlah ke Sibu Sarawak...

Jumpa lagi..