Wednesday 11 July 2012

POLITIK..MIMPI KAH REALITI..16 SEPTEMBER PUN BOHONG, HARI NI NAK MEMBOHONG LAGI.!

Salam,

Sarapan pagi sambil membaca akhbar tempatan, belek punya belek halaman akhbar terbaca lah pulak berita mengenai impian si Baru Bian iaitu orang kuat PKR di Sarawak ni. Katanya, PKR semakin kuat dan diterima ramai terutama rakyat di Sabah da Sarawak.. 

Baru memberitahu, pemimpin BN dari Sabah dan Sarawak dah berkira-kira "melompat" parti. Betul ke?  BACA DISINI Dari mana pulak sumber berita mengatakan pemimpin ini akan melompat parti? sedang berita itu masih samar-samar dan tiada berfakta, si Baru mencanangkan berita ini ke serata tempat...alahai, kesian betul pemimpin seperti si Baru ni..

Hanya bersandarkan kepada fakta dari khabar angin yang bertiup kencang, si Baru seolah-olah telah menjuarai "berita" itu dan bermimpi disiang hari..(nasib tak keluar air liur)

Kita tahulah si Baru Bian ni masih baru bergelar YB dan disebut bakal menjadi calon CM kalau PR menang pada PRN tempoh hari, nasiblah PKR hanya menang tiga kerusi, itu pun si Baru masih dok bermimpi kata PKR kuat..bagus si Baru ni pergi belajar Matematik.

Mungkin si Baru nie tak mengenal angka 3 dan angka 55..BN dapat berapa kerusi pada PRN jika nak dibandingkan dengan si parti PKR tu????? 

Adohai Baru Bian, tu la asyik bermimpi..bawa-bawa lah bersabar dan bertenang sekalipun nak angkat diri jadi calon CM!

Kalau betul si Baru ni ada fakta dan senarai penuh pemimpin BN yang nak melompat parti tu, nyatakanlah siapa pemimpin BN tu..kata Parti PKR kuat, kalau betul-betul kuat mesti berani kedepan dan beritahu siapa pemimpin yang dimaksudkan itu..??? atau Baru masih main tarik tali...dan khayal dengan nyanyian berita dari khabar angin yang bertiup kencang seperti yang didakwanya itu... JAWAPAN BN BACA SINI

P/s : Kita bimbang yang nak melompat perti tu bukan orang BN tetapi orang PKR sendiri..hakhakhahak...Anwar yang dok canang nak tubuhkan Kerajaan 16 September pun masih terpalit dengan pembohongan beliau sampai sekarang tak wujud pun kerajaan 16 september..bagus pergi ke kawasan dan tinjau masalah rakyat dari dok bermimpi disiang hari!.





No comments:

Post a Comment